LENTERA KATA

Cahaya redup menyegar padi,
Ayam berkokok mengirai tuah;
Jikalau hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.
GURINDAM MENATAP RAMADAN
Bulan Ramadan bulan berkat
Allah mengurniai sejuta rahmat.

Puasa menjana ketahanan insan
agar tabah hadapi dugaan

Falsafah puasa perlu dicerna
Bukan sekadar berlapar dahaga.

Zakat fitrah lunaskan segera
agar si miskin membutir ceria.

Tadarus Quran jadikan amalan
memberi petunjuk penunjuk jalan.

Aktiviti harian seperti biasa
jangan diri diulit lena.

Lailatul Qadar inspirasi insan
gandakan ibadat penuh keikhlasan.

Usah hanyut di pesta juadah
elak pembaziran hindari musibah.

Sedekah derma amalan mulia
menyuci diri meminggir dosa.

Solat tarawih menambah pahala
agar umat membina takwa.

Keberkatan Ramadan dihayati bersama
keagungan Islam ditatang dijelmakan.

MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat, Johor.

Wednesday 1 August 2012

Pengenalan Kursus BMM3116 Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu


Kursus BMM3116 Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu menghuraikan sastera dalam pengisian kurikulum  bahasa Melayu sekolah rendah, pendekatan pemahaman teks  sastera sekolah rendah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran  sastera, sastera bandingan, sastera kanak-kanak dan remaja dan apresiasi teks sastera sekolah rendah. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi  lima  tajuk seperti yang berikut:

Tajuk 1:   Perbincangan mengenai  pendekatan pemahaman teks  menggunakan  kaedah struktural  dan kaedah mengalami menghayati

Tajuk 2:  Perbincangan mengenai pendekatan pemahaman teks menggunakan kaedah berfokus

Tajuk 3:  Membincangkan tentang konsep sastera bandingan secara umum . perbincangan juga menyentuh mengenai unsur-unsur interteks dan  parodi   dalam sastera bandingan.

Tajuk 8:  Bahagaian ini mengkhusus  tentang  Sastera Kanak-kanak dan Remaja dari dari   segi  latar belakang. Karya dan tokoh  serta  sastera kanak-kanak dari perspektif pendidikan.

Tajuk 9:  Bahagian ini  memfokuskan kepada  apresiasi teks sastera sekolah rendah. Kandungan modul dimulai dengan  perbincangan   struktur, fungsi , dan  ciri bahasa bagi genre puisi tradisional dan puisi moden (dalam Tajuk 12, 13, 14 dan 15).

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

No comments: